Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Melahirkan generasi cemerlang, profesional serta berdaya keusahawanan untuk memenuhi keperluan negara.

Tentang Kami

Program KPM dijalankan secara sepenuh masa. Pendekatan secara "practical based" dalam bidang pengajian & pembelajaran dengan suntikan elemen "soft skill" di dalam silibus kursus-kursus yang ditawarkan telah menghasilkan graduan KPM yang berketerampilan. Selain daripada itu aktiviti pembudayaan keusahawanan yang diterapkan semasa dalam pengajian akan mendorong sebahagian daripada graduan KPM untuk merealisasikan "Keusahawanan sebagai Kerjaya Pilihan"

Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program diploma dan separa profesional. Kurikulum KPM dirangka oleh pakar dalam bidang yang berkaitan. Ia terus diperbaiki untuk memastikan pelajar KPM dilengkapi dengan pengetahuan terkini dan bersedia dengan pasaran kerjaya untuk keperluan industri semasa negara.

Setiap kampus KPM menawarkan pelbagai kemudahan untuk kemudahan dan keselesaan pelajar. Kemudahan tersebut merangkumi dewan kuliah, bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer dilengkapi dengan kemudahan internet, makmal bahasa, asrama, kemudahan sukan dan riadah, surau dan kafeteria.