Font Size

SCREEN

Layout

Menu Style

Cpanel
Error
  • SOME_ERROR_OCCURRED

Latihan Industri

Program Latihan Industri memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan kepada pelajar KPMBM ke alam industri yang sebenar. Latihan Industri merupakan satu program yang cukup penting dalam meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelatih secara praktikal selain daripada latihan yang disediakan semasa aktiviti pembelajaran di dalam kampus. Latihan Industri merupakan satu aktiviti pembelajaran di luar kampus di mana pelatih akan dihantar ke syarikat-syarikat yang bersesuaian dengan kursus yang diceburi supaya mereka mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada suasana pekerjaan yang sebenar.

Bagi memantapkan program latihan industri pelajar, modul kemahiran insaniah atau soft-skill telah diperkenalkan di KPMBM serta dinilai oleh penasihat akademik, mentor dan seorang pensyarah lain terhadap pelatih. Kemahiran insaniah atau soft-skills merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Selaras dengan kepentingannya, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan Kemahiran Insaniah yang perlu diterapkan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi. Terdapat tujuh elemen utama Kemahiran Insaniah yang diperkenalkan iaitu :-

    1) Kemahiran Berkomunikasi,

    2) Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah,

    3) Kemahiran Kerja Berpasukan,

    4) Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

    5) Kemahiran Keusahawanan

    6) Moral dan Etika Profesional

    7) Kemahiran Kepemimpinan

 

PEGAWAI LATIHAN INDUSTRI

EN.KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMAD : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">

06-2812011 / ext : 151

Pautan

mygoverment kklwmarahrmisgotnaupim

 

Statistik Pelawat

138137
Hari IniHari Ini31
SemalamSemalam66
Minggu iniMinggu ini97
Bulan iniBulan ini972
Sepanjang hariSepanjang hari138137
You are here: Home PELAJAR LATIHAN INDUSTRI