Font Size

SCREEN

Layout

Menu Style

Cpanel
Error
  • SOME_ERROR_OCCURRED

Unit Kaunseling

LATAR BELAKANG UNIT

Setiap insan tidak terlepas dari diduga dengan cabaran-cabaran hidup. Beza antara kita ialah bagaimana kita menangani cabaran-cabaran itu.  Di peringkat Kolej Profesional Mara Bandar Melaka para pelajar dan staf akan dibantu melalui perkhidmatan di Unit Kaunseling dan Kerjaya . Unit Kaunseling dan Kerjaya(UKK) merupakan antara tunggak terpenting dalam pengurusan pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM). Unit Kaunseling dan Kerjaya ini terletak di dalam kawasan pentadbiran kolej. Unit ini menawarkan khidmat mesra dan profesional di dalam membantu para pelajar meningkatkan kecemerlangan diri,sahsiah dan kerjaya masa hadapan. Selain itu, ia juga berperanan membantu pelajar di dalam pelbagai aspek merangkumi penyesuaian diri di kampus, pengurusan akademik dan pembelajaran hinggalah kepada pemasalahan psikologi yang lebih kompleks.

APA ITU KAUNSELING?

MITOS KHIDMAT KAUNSELING

*****************************************************

Kaunseling adalah nasihat.

•Hubungan kaunseling hanya sehala.

•Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia(Klien).

•Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.

APAKAH DIA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING?

******************************************************

Perkhidmatan percuma dan ikhlas yang disediakan kepada ANDA untuk mengatasi segala persoalan tentang:

•Peribadi dan emosi anda

•Perkembangan pelajaran

•Belajar dengan lebih berkesan

•Perlakuan tidak selaras,pendiam,susah hendak bergaul,selalu berpandangan

  negatif

Keluarga

MATLAMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

********************************************

Supaya ANDA memahami tentang diri anda

•Supaya ANDA dapat menerima diri ANDA dan mempunyai pandangan yang objektif dan realistik

•Supaya ANDA dapat mengenalpasti apakah keperluan ANDA

•Agar ANDA dapat membuat perancangan yang berkesan di dalam kehidupan ANDA pada masa sekarang dan akan datang

BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN?

********************************************

Perkhidmatan ini dijalankan melalui:

KAUNSELING INDIVIDU - (pertemuan ANDA dengan kaunselor)

KAUNSELING KELOMPOK - (pertemuan ANDA dan rakan-rakan dengan kaunselor)

DIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN

*******************************************

Pertemuan ANDA dengan kaunselor ANDA akan diadakan di dalam bilik  Kaunseling, tanpa gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain. Hanya ANDA dan Kaunselor ANDA sahaja yang mengetahui tentang perkara yang dibincangkan.

SEGALA PERBINCANGAN ANDA DAN MAKLUMAT

YANG ANDA BERIKAN ADALAH DIRAHSIAKAN.

BAGAIMANAKAH CARA ANDA MENDAPAT PERKHIDMATAN INI?

*****************************************

Datang seorang atau dengan rakan anda berjumpa kaunselor,atau Mengisi borang temujanji yang boleh didapati di dalam Bilik Kaunseling

SIAPA KAUNSELOR ANDA?

EN. BURHAN BIN MOHAMAD

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu

K.B.P.A

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

CIK NUR FAEZAH BT MOHD YUSOH

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">

 

Pautan

mygoverment kklwmarahrmisgotnaupim

 

Statistik Pelawat

135540
Hari IniHari Ini25
SemalamSemalam39
Minggu iniMinggu ini64
Bulan iniBulan ini894
Sepanjang hariSepanjang hari135540
You are here: Home PELAJAR UNIT KAUNSELING