Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka Melahirkan generasi cemerlang, profesional serta berdaya keusahawanan untuk memenuhi keperluan negara.

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera


Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPM Bandar Melaka) merupakan “City Campus” yang menawarkan beberapa program di peringkat diploma iaitu Diploma in Islamic Banking & Finance (MQA/FA1314), Diploma in Entrepreneurship (MQA/FA1313) dan Diploma in Halal Industry (MQA/PA9072).

Kedudukan kolej ini amat stategik kerana berada di tengah Bandar Melaka yang bersejarah. Kemudahan pembelajaran dan pengajaran (PdPc) yang disediakan adalah berasaskan kemudahan pembelajaran abad ke 21.  KPM Bandar Melaka sentiasa berusaha untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dari semua aspek.

Visi KPM Bandar Melaka adalah untuk menjadi institusi pendidikan Tinggi yang berkualiti bagi melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak mulia, dinamis, profesional dan berdaya keusahawanan.

Manakala misi KPM Bandar Melaka adalah untuk melahirkan generasi cemerlang, profesional serta berdaya keusahawanan  untuk memenuhi keperluan negara.

Oleh itu, pelbagai program yang berbentuk holistik telah dirangka bagi memastikan bakal graduan yang dilahirkan memenuhi visi dan misi KPM Bandar Melaka dan MARA amnya.

Seluruh warga KPM Bandar Melaka mengalu-alukan anda untuk menjadi warga dan mencipta kejayaan bersama kami.

Sekian, terima kasih.

 

Zarina Binti Ahmad

Pengarah

KPM Bandar Melaka

 

Zarina Binti Ahmad

Pengarah KPM Bandar Melaka