
PROGRAM PENGAJIAN
DIPLOMA IN ENTREPRENEURSHIP
Kod Program : DEn
Program ini dibangunkan untuk memberi pelajar sumber dan sokongan untuk membantu mereka merealisasikan potensi penuh mereka dan mendorong mereka ke arah menjadi usahawan yang berjaya. Ia memfokuskan pada pengetahuan mendalam mengenai keusahawanan melalui perancangan perniagaan, pembiayaan, pemasaran, pengurusan, teknologi maklumat dan perundingan.
Pelajar akan meneroka setiap aspek perniagaan dan mempunyai peluang berterusan untuk terlibat dalam pelbagai aspek keusahawanan. Selain daripada model perniagaan tradisional, para pelajar akan didedahkan dengan keusahawanan korporat, keusahawanan sosial, penglibatan perniagaan keluarga dan penerokaan usaha baru.
Tempoh Pengajian bagi program ini adalah 2 tahun. Program pengajian telah mendapat pengiktirafan dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA), medium pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dilaksanakan secara sepenuh masa.
Kod Kelulusan MQA : MQA/FA1313
Prospek kerjaya di dalam bidang ini adalah seperti Pegawai Insuran, Usahawan, Pegawai /Eksekutif Agensi, Pembangunan Keusahawanan, Pegawai Agensi Kerajaan, Eksekutif Sektor Swasta, Eksekutif Pemasaran, Eksekutif Sumber Manusia, Eksekutif Kewangan dan Eksekutif Perbankan.
Pelajar yang berjaya peringkat diploma dan ingin ke peringkat seterusnya boleh menyambung pengajian melalui laluan pengajian seperti berikut :-
UMK – Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan
UiTM – Bachelor of Business Studies (Entrepreneurship)
UKM – Ijazah Keusahawanan dan Inovasi
UITM – Ijazah Pengurusan Perniagaan (Pemasaran)
UITM – Ijazah Pengurusan Perniagaan (Insurans)
UNIKL – Bachelor of Business Administration
UNIRAZAK – Bachelor in Entrepreneurship
UMS – Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Dengan Kepujian (Keusahawanan)
UUM – Bachelor of Entrepreneurship with Honours
Pegawai untuk dihubungi
Mohd Faizal b Mohd Noor CMILT
Ketua Program
Diploma in Entrepreneurship
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: faizal.noor@mara.gov.my