SYARAT KEMASUKAN
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
Syarat Permohonan Kemasukan
Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut :
Syarat Umum Calon
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa adalah Warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung;
- Umur mencapai 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tahun permohonan;
- Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
- Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
- MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
- Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.
Syarat Kursus Calon
DIF
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN dalam 3 subjek :
1.Bahasa Melayu
2.Dua (2) subjek lain
3.Lulus Matematik
4.Lulus Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya Gred D.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris.
Calon yang mendapat gred D dalam Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP).
DHI

DEn

Cara Memohon
Permohonan dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM)
apponline.mara.gov.my/upimonline
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau melalui e-mel
upim.bpt@mara.gov.my
Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui saluran media sosial HiEduMARA.