Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Jalan Hang Tuah, Melaka

06 2812011/012

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

(Institusi Pendidikan MARA)

UNIT KOKURIKULUM

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Aktiviti Kokurikulum telah mula diperkenalkan pada tahun 1997 di KPM sebagai subjek wajib ambil tanpa diberikan mata kredit. Mulai ambilan Julai 2006 Kursus Kokurikulum telah diwajibkan sepertimana kursus-kursus teras dan wajib lain.

Syarat Graduasi
Pelajar WAJIB mengikuti kursus kokurikulum yang ditawarkan serta LULUS sebagai syarat graduasi melalui Kokurikulum I dan Kokurikulum II

Aktiviti Pelajar
Pelajar Program/Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang dirancang dan disediakan kepada para pelajar antaranya Kelab, Persatuan, Keusahawanan dan Badan Kepimpinan Kolej.

Program BPT
Program-program yang dirangka dan dilaksanakan oleh Bahagian Pengajian Tinggi MARA (BPT) kepada pelajar sepanjang tahun.

Objektif Kokurikulum KPMBM
Kemahiran dan Tanggungjawab Sosial ialah kerja-kerja kemasyarkatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilakn sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan Kemahiran dan Tanggunjawab Sosial yang sempurna sama ada di dalam kolej atau luar kolej akan dapat memberikan impak kepada pelajar itu sendiri khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat.

  1. Untuk memenuhi hasrat KPM mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi graduan yang lebih matang.
  2. Untuk melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar.
  3. Untuk memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri terutama dalam bidang keusahawan.
  4. Untuk memupuk semangat kerjasama dan mementingkan keharmonian persekitaran.
  5. Memenuhi aspirasi Kerangka Transformasi Strategik MARA 2021-2025 untuk melahirkan modal insan global dan berintegriti.


Pegawai untuk dihubungi
Siti Aishah binti Johari
Pegawai Kokurikulum
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: aishah.johari@mara.gov.my

Mohammad Fadzli bin Jamaluddin
Pegawai Kokurikulum
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: fadzli@mara.gov.my

Scroll to Top
anadolu yakasi escort