
PERPUSTAKAAN
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
Perpustakaan KPM Bandar Melaka (KPMBM) menjalankan pelbagai aktiviti serta penganjuran program yang berkaitan dengan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat serta perkongsian maklumat bagi memenuhi keperluan perniagaan teras (core business) pengguna di KPMBM.
Peranan perpustakaan sebagai pendukung aktiviti pembelajaran dan pengajaran, perpustakaan tetap terus relevan dengan penyediaan pelbagai kemudahan dan fasiliti serta bahan-bahan rujukan secara fizikal mahupun digital.
Koleksi Perpustakaan :
6829 – Buku Bercetak (Naskhah)
461 – Bahan Digital
2253 – Terbitan Jabatan
1 – Pengkalan Data dalam talian
Visi & Misi Perpustakaan
Visi – Untuk menyediakan sumber maklumat yang komprehensif dan menawarkan perkhidmatan serta kemudahan yang berkualiti di samping memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berwibawa dan komited
Misi – Mengurus dan menyediakan bahan maklumat serta kemudahan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan perundingan bagi pembangunan kolej
Objektif Perpustakaan
- Menyediakan koleksi bahan-bahan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran serta bahan bacaan tambahan
- Mengumpul, memproses dan menyebar maklumat yang terkini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
- Mewujudkan prasarana dan persekitaran fizikal yang berkualiti serta teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi memenuhi urusan keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat
Piagam Pelanggan Perpustakaan
- Melaksanakan proses pinjaman, pemulangan atau pembaharuan bahan dalam tempoh kurang dari 5 minit
- Memastikan perolehan bahan yang terkini mengikut kadar peruntukan yang diluluskan
- Menyampaikan perkhidmatan kaunter yang mesra dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan
- Memastikan susunatur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali
- Memaklumkan judul-judul baharu koleksi perpustakaan kepada pelanggan (sekiranya ada)
Kemudahan Perpustakaan
- Sudut Biblioterapi
- Bilik Diskusi
- Ruang Santai
- Internet
- Bilik Karel
- Lokar
- Ruang Bacaan
- Komputer
Perkhidmatan Perpustakaan
- Pinjaman & Pemulangan
- Katalog Awam atas Talian
- Perkhidmatan Pinjaman Melalui Pos
- Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
- Laman Web Perpustakaan
Pegawai untuk dihubungi
Nor Ashikin binti Ramli
Pustakawan
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: ashikin.ramli@mara.gov.my