Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Jalan Hang Tuah, Melaka

06 2812011/012

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

(Institusi Pendidikan MARA)

PERUTUSAN PENGARAH

KOLEJ PROFESIONAL MARA

“Setiap impian yang menjadi kenyataan bermula daripada satu harapan dan cita-cita yang diusahakan sehingga mencapai kejayaan.”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Selamat datang ke Portal Rasmi Kolej Profesional MARA Bandar Melaka. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi MARA, perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui portal rasmi ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh pihak kolej khususnya program-program pengajian yang ditawarkan.

Sistem pengajaran dan pembelajaran di KPM Bandar Melaka disusun dengan teliti dan bersifat holistik ke arah pembangunan potensi pelajar dalam pelbagai aspek melangkaui kecemerlangan akademik seperti bakat kepimpinan, kemahiran insaniah dan keutuhan nilai.

Melalui pendekatan ini, KPM Bandar Melaka berhasrat melahirkan warga negara serta bakat kepimpinan masa hadapan yang mempunyai teras nilai yang utuh dan kompeten yang memenuhi keperluan industri dalam memacu kecemerlangan dan kemakmuran negara.

Justeru, KPM Bandar Melaka akan terus memperkasakan kecemerlangan melalui perkongsian pintar bersama institusi tempatan dan luar negara, memperkasakan kualiti program serta mewujudkan suasana kampus yang kondusif yang diterajui oleh warga kerja yang kompeten.

Kami juga sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sebarang pandangan, pendapat dan maklumbalas penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan potensi pelajar yang bakal menjadi golongan pelapis generasi masa hadapan sebagai penyumbang kepada pengukuhan status sosio ekonomi Bumiputera.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.

ZARINA BINTI AHMAD
Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Scroll to Top
anadolu yakasi escort