Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Jalan Hang Tuah, Melaka

06 2812011/012

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

(Institusi Pendidikan MARA)

SEJARAH AWAL PENUBUHAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Sejarah penubuhan Kolej Profesional MARA yang merupakan salah satu institusi pendidikan di bawah MARA (IPMa) bermula dengan penubuhan Institut Perdagangan MARA (IPM) bertempat di bangunan MARA (lama), Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Julai 1993. Kemudian, institusi ini berpindah ke lokasi di Jalan Hang Tuah, Melaka pada bulan Jun 1994 dan mula dikenali sebagai IPM Melaka.

Pada awal penubuhannya, dengan staf akademik seramai 6 orang, IPM Melaka telah menawarkan kursus-kursus LCCI dan Matrikulasi ICSA. Bersesuaian dengan objektif penubuhannya untuk melahirkan profesional Bumiputera terlatih, IPM Melaka kemudiannya mengendalikan kursus-kursus GNVQ (General National Vocational Qualification) dan kursus persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Penstrukturan baru program akademik turut dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan lagi program-program yang sedia ada. Fokus utama program adalah meliputi bidang perakaunan, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat. Program awal yang dijalankan ialah Diploma in Accountancy (DIA) dan Diploma in Business Studies (DBS).   

Seiring dengan penstrukturan baru ini, nama IPM Melaka telah diubah kepada Kolej Profesional MARA (KPM) Melaka pada tahun 1998. Demi memenuhi keperluan perlaksanaan program-program ini, bilangan kakitangan telah bertambah kepada 45 orang yang terdiri daripada 30 orang pensyarah serta 15 orang kakitangan pengurusan dan pentadbiran.

Seterusnya pada tahun 1 Jun 2009 KPMM telah berpecah kepada dua kampus iaitu KPM Ayer Molek (kursus DIA dan DBS) dan KPM Bandar Melaka (kursus DIF dan Den). Pada tahun 2011 KPM Bandar Melaka telah berpindah sementara ke bangunan Graha Maju untuk pembinaan semula bangunan di Jalan Hang Tuah, Melaka. Pada tahun 2017 secara rasminya KPM Bandar Melaka beroperasi semula dengan hampir keseluruhan bangunan baru di Jalan Hang Tuah, Melaka dengan penambahan kursus baharu iaitu DHI dan IEP pada tahun berikutnya.

Kini KPMBM tersergam indah dengan berkapasiti anggaran 1000 orang pelajar di samping bilangan pensyarah dan staf pentadbiran seramai 89 orang. Pelbagai kejayaan telah dicipta dalam usaha melahirkan guna tenaga profesional negara. Semoga KPMBM terus mengorak langkah sebagai institusi pendidikan terunggul di Malaysia.

Scroll to Top
anadolu yakasi escort