Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

Jalan Hang Tuah, Melaka

06 2812011/012

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

(Institusi Pendidikan MARA)

WIFI & ICT

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

Kolej menyediakan kemudahan prasarana ICT yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan akses meluas kepada maklumat atas talian terutama bagi kemudahan pelajar dan pensyarah seiring arus teknologi dalam dunia pendidikan. Kemudahan komputer yang terkini di setiap Makmal Komputer memberikan keselesaan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di kolej.

Kemudahan wifi di kolej KPMBM khusus bagi menyokong PdP telah disediakan di kawasan tumpuan pelajar. Selain itu juga, capaian wifi di kediaman siswa dan siswi turut disediakan bagi memastikan pelajar mempunyai capaian ke internet bagi tujuan PdP. Kolej juga telah berusaha meningkatkan internet jalur lebar (bandwith) dari masa ke semasa bagi membolehkan capaian lebih pantas kepada akses atas talian kepada seluruh warga kolej.

Komputer di perpustakaan (bilik multimedia) juga disediakan dan dibuka kepada pelajar mulai jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Selain itu, kolej telah mewujudkan akaun emel kepada semua pelajar yang menggunakan platform Microsoft Office 365 bagi kemudahan PdP.

Kemudahan ICT

  • 4 buah Makmal Komputer dilengkapi dengan internet, LCD Projektor, CCTV dan Access Door. (setiap satu mempunyai kapasiti 25 hingga 30 orang)
  • Smart Classroom yang dilengkapi teknologi tinggi seperti projektor dan interaktif ‘whiteboard’ bagi tujuan pengukuhan dan pemantapan pembelajaran serta pengajaran.
  • Kemudahan Wifi Percuma & Internet (wifi@unifi)


Pegawai untuk dihubungi
Mohd Hafiz bin Rosly

Pegawai Teknologi Maklumat
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Phone: +606 2812011 / +606 2812012
Email: hafiz.rosly@mara.gov.my

Scroll to Top
anadolu yakasi escort