10 Pensyarah Terima Sijil Eksekutif Kewangan Islam USIM
Seramai 10 pensyarah dari Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Melaka,...
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Kolej Profesional MARA (KPM) menawarkan program-program di peringkat diploma beserta sijil profesional yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan industri semasa. Kurikulumnya dibangunkan oleh pakar dalam bidang berkaitan dan sentiasa dikemas kini agar selari dengan perkembangan terkini, sekali gus memastikan graduan yang dilahirkan berpengetahuan, kompeten dan bersedia memenuhi keperluan tenaga profesional negara.
Di Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (KPMBM), terdapat dua program utama di peringkat diploma yang turut disertakan dengan sijil profesional sebagai nilai tambah kepada pelajar. Selain itu, KPMBM juga dikenali sebagai Halal Learning Provider (HLP), yang memperkukuhkan lagi peranannya dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industri.
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah Agensi Pembimbing Konsultansi Bagi Pensijilan Halal Industri Kotej (PHIK) Negeri Melaka
(Klik Di Sini)
Tarikh Dikemaskini : 12/08/2026
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah Majlis Profesional Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(Klik Di Sini)
Tarikh Dikemaskini : 01/05/2025
Sah Sehingga : 30/04/2027
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah sebagai Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
(Klik Di Sini)
Tarikh Dikemaskini : 27/11/2023
Sah Sehingga : 26/11/2026
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka adalah sebagai Pusat Pembelajaran Bertauliah bagi melaksanakan Program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB)
(Klik Di Sini)
Tarikh Dikemaskini : 30/08/2025
Sah Sehingga : 30/08/2028
PEO & PLO Terkini Setiap Program
[PEO DHI] [PLO DHI]
[PEO DIF] [PLO DIF]
[PEO DEn] [PLO DEn]
Tarikh Dikemaskini : 10/11/2023
No. Sebutharga : TIADA
Tajuk : TIADA
Tarikh Tutup : TIADA
*Data Setakat Ogos 2026
Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA. Hanya yuran pendaftaran, semester, koperasi dan muafakat sahaja dikenakan bayaran.
Elaun Sara Hidup sebanyak RM300 diberikan kepada semua pelajar.
Penginapan bagi semester 1 disediakan kepada semua pelajar, manakala pelajar kanan bergantung kepada kekosongan asrama.
Semua program telah diakreditasi oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
Kerjasama strategik bersama badan profesional untuk tambah nilai program.
Kadar kebolehpasaran melebihi 80% pada setiap tahun.
Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara dengan tajaan MARA.
Marketing Management Elite Defense System Sdn. Bhd.
Belajar di KPMBM merupakan satu pilihan yang terbaik buat saya. Ia memberi saya peluang untuk memajukan diri saya dari segi karekter. KPMBM telah melatih saya untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan saya bawa sikap itu ke alam ijazah dan seterusnya ke alam pekerjaan nanti. Semasa di KPMBM, saya merupakan pelajar Diploma Perbankan Islam semester Julai 2016. Aktiviti dalam dan luar kelas memberi saya pengalaman yang sangat bermanfaat. Cara pensyarah kendalikan kuliah sangat unik dan tidak pernah bosan dalam kelas dan disebabkan itu saya mampu dapat dekan di KPMBM setiap semester. Setiap aktiviti kelas yang dijalankan dapat membina keyakinan pelajar dan ini membuatkan pelajar semakin lebih yakin dan berani.
Pelajar ijazah Sarjana Muda Perakaunan Unirazak
Menuntut di KPM Bandar Melaka adalah satu peluang yang amat berharga. Bermula dari saat pertama menjejakkan kaki di sana, suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif, tenaga pelajar yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang kewangan dan perbankan Islam telah menjadi salah satu faktor saya mempu untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan masalah dengan mudah. Bukan sahaja pembelajaran, saya juga turut menimba pengalaman dalam kepimpinan sebagai Exco Akademik MPP dan ini telah menjadikan saya seorang berfikiran kehadapan dan mengasah nilai kepimpinan dalam diri. Yuran setiap semester yang rendah serta pemberian elaun melatih saya menjadi seorang yang teratur dalam mengurus perbelanjaan hidup.
Customer Service Officer Metromart Ltd New Zealand
Saya Fakhri Aiman Alumni KPMBM sesi Disember 2016, kursus Diploma in Entreprenuership. Pengalaman sepanjang belajar di KPMBM sangat menyeronokkan. Tempat yang luas, selesa dan fasiliti yang kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu. Paling penting ilmu yang dipelajari banyak membantu saya untuk menghadapi cabaran diluar. Tenaga pengajar yang terbaik dan sentiasa berhubung bagi mendapatkan khidmat nasihat dalam dunia perniagaan saya. Saya dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari di KPM seperti pengurusan kewangan, teknik jualan dan pemasaran serta penguasaan bahasa Mandarin. Sangat beruntung kepada sesiapa yang berpeluang belajar di sini. Manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk masa depan yang lebih cerah.
Berniaga Sendiri
Seramai 10 pensyarah dari Kolej Profesional Mara (KPM) Bandar Melaka,...
Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka terus melakar pencapaian cemerlang...
Saya percaya bahawa bagi menggapai sesuatu kejayaan, semua individu perlu memulakan langkah yang pertama. KPM merupakan langkah pertama saya dalam persediaan ke alam pekerjaan. KPM mengajar dan membentuk personaliti saya sesuai mengikut kehendak industri dan menjadikan saya insan yang berbakti kepada negara, bangsa, masyarakat dan keluarga. Kini saya telah mempunyai 3 perniagaan dan juga berkhidmat sebagai pengurus pemasaran syarikat terkemuka dalam industri. Pensyarah dan staf sokongan yang membina semestinya menjadi dasar yang baik dalam pembentukan sikap saya dalam menggapai kejayaan. Saya Muaz Azizul dan KPM merupakan pilihan institusi pendidikan yang terbaik buat diri saya.