PROGRAM PROFESIONAL
DIPLOMA IN ISLAMIC FINANCE
Kod Program : DIF
PROGRAM PROFESIONAL DIPLOMA IN ISLAMIC FINANCE
+ Associate Qualification In Islamic Finance (AQIF)
PROGRAM PROFESIONAL DIPLOMA IN ISLAMIC FINANCE
+ Chartered Bankers Level 1
Program pengajian ini direka untuk memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran dalam perbankan dan kewangan Islam, yang merupakan salah satu segmen perkhidmatan kewangan global yang paling pesat berkembang. Program ini menekankan aspek operasi perbankan Islam serta memberi pendedahan khusus kepada keunikan perbankan Islam dan perbezaannya dengan sistem perbankan konvensional.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar melalui program ini akan melengkapkan mereka untuk memulakan kerjaya dalam industri yang menguntungkan dan berteraskan prinsip. Pelajar juga akan menerima pendidikan yang lebih holistik kerana program ini mewajibkan mereka menjalani Latihan Industri selama 3 bulan (12 minggu) pada semester akhir pengajian.
- Sesi Pengambilan
- Prospek Kerjaya
- Laluan Pengajian
- Dwi-Persijilan Profesional
- Pegawai untuk dihubungi
Setiap sesi pengambilan dibuka pada :
- Sesi 02 – Julai (Saluran UPU)
- Sesi 03 – November (Saluran SPUPIM)
Prospek kerjaya dalam bidang ini adalah seperti
- Penolong Pegawai Bank
- Perancangan Kewangan Islam
- Penolong Eksekutif Akaun
- Penolong Perunding Kewangan Islam
- Penolong Perunding Unit Amanah Islam
- Penolong Pegawai Pengurusan Risiko
- Penolong Perunding Muamalat (wasiat, zakat, ar-rahnu)
- Penolong Pegawai Pematuhan Syarikah (Syariah Compliance)
- Perunding Takaful
Pelajar yang berjaya peringkat diploma dan ingin ke peringkat seterusnya boleh menyambung pengajian melalui laluan pengajian seperti berikut :-
Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan KepujianUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam)Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan & Kewangan Islam) dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) dengan KepujianUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan IslamUniversiti Malaysia Sabah (UMS)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dengan KepujianUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kewangan & Perbankan Islam) dengan KepujianUniversiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan KepujianUniversiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kewangan Islam) dengan Kepujian
Associate Qualification In Islamic Finance (AQIF)
- Tempoh Pengajian : Diploma In Islamic Finance – 6 Semester (2 Tahun)
- Latihan Industri : 3 Bulan
- Peperiksaan/Ujian AQIF dalam tempoh pengajian
- Jumlah Tempoh Pengajian : 2 Tahun 4 Bulan
Pegawai untuk dihubungi
Norhafidzah binti Ab Rahaman
Ketua Program
Diploma in Islamic Finance
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Email: norhafidzah.rahaman@mara.gov.my