Kolej Profesional MARA Bandar Melaka

PROGRAM PROFESIONAL

DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY

Kod Program : DHI

PROGRAN PROFESIONAL HUFFAZ DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY
+ Certified Halal Executive Programme (CHEP) + Sijil Perakuan Hafazan Bertahap dari Darul Quran, JAKIM

PROGRAM PROFESIONAL DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY
+ Certified Halal Executive Programme (CHEP)

Graduan Diploma Industri Halal berkemahiran dalam hal-hal dan isu yang melibatkan pematuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan terhadap keperluan Syariah, atau undang-undang Islam, bagi menyokong pembangunan industri halal di Malaysia.

Program ini direka untuk melatih pelajar dalam semua aspek pematuhan Syariah dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan halal, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan halal mencecah RM8 trilion setahun. Oleh itu, graduan dalam bidang halal amat diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri.

Program Latihan Industri dilaksanakan selama 12 minggu bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar sebagai persediaan untuk melangkah ke sektor industri.

  • Sesi Pengambilan
  • Prospek Kerjaya
  • Laluan Pengajian
  • Dwi-Persijilan Profesional
  • Pegawai untuk dihubungi

Setiap sesi pengambilan dibuka pada :

  • Sesi 02 – Julai (Saluran UPU) *Diploma in Halal Industry + Certified Halal Executive Program
  • Sesi 02 – Julai (Saluran SPUPIM) *Diploma in Halal Industry + Certified Halal Executive Program + Professional Huffaz
  • Sesi 03 – November (Saluran SPUPIM) *Diploma in Halal Industry + Certified Halal Executive Program

Prospek kerjaya di dalam bidang ini adalah seperti

  • Eksekutif Halal
  • Ekesekutif Jaminan dan Kawalan Kualiti
  • Penyembelih Halal
  • Auditor Halal
  • Perunding Halal
  • Tenaga Pengajar Halal
  • Pegawai Penguatkuasa Halal (JAKIM/JAIN)
  • Usahawan Produk dan Perkhidmatan Halal

Pelajar yang berjaya peringkat diploma dan ingin ke peringkat seterusnya boleh menyambung pengajian melalui laluan pengajian seperti berikut :-

Bidang 1: Makanan (Sains Gunaan)

  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
    - Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dan Pemakanan)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) dengan Kepujian
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Jaminan Makanan) dengan Kepujian
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Makanan
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET
    - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Keselamatan dan Kualiti Makanan

Bidang 2: Pengurusan Halal

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
    - Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Makanan Halal
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal (Kepujian)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal (Kepujian)

Bidang 3: Pengurusan Pelancongan Dan Hospitaliti

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
    - Ijazah Sarjana Muda Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
    - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dengan Kepujian
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
    - Ijazah Sarjana Muda Hospitaliti dengan Kepujian

Bidang 4: Logistik Dan Pengangkutan

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengangkutan
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pengurusan Rantaian Bekalan dan Logistik) dengan Kepujian
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
    - Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MITEC
    - Ijazah Sarjana Muda Industri Logistik (Kepujian)

Certified Halal Executive Programme (CHEP)

  • Tempoh Pengajian :  Program Diploma In Halal Industry – 6 Semester (2 Tahun)
  • 100% Modul JAKIM dimasukkan dalam pembelajaran DHI
  • Termasuk Penilaian/Peperiksaan Akhir bagi Modul JAKIM

Modul 01 – Halal Manufacturing & Records Administration
Modul 02 – Internal Halal Committee Program Administration
Modul 03 – Halal Quality Assurance
Modul 04 – Halal Certification Process Administration
Modul 05 – Halal Internal Audit Facilitation

  • Latihan Industri : 4 Bulan
  • *Persijilan Profesional Eksekutif Halal merupakan pilihan
  • Jumlah Tempoh Pengajian : 2 Tahun 4 Bulan

Pegawai untuk dihubungi
Nurul Ain binti Khirul Salleh
Ketua Program
Diploma in Halal Industri
Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Email: n.ain@mara.gov.my

Scroll to Top